fbpx

Tembok rumah runtuh hempap Perodua Myvi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tembok sebuah rumah di Jalan Seng Meng Lee yang runtuh dalam kejadian petang tadi.

SEREMBAN – Tembok sebuah rumah di Jalan Seng Meng Lee, dekat sini runtuh lalu menghempap sebuah kereta jenis Perodua Myvi dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang tadi.

Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Mohd. Nazri Azis berkata, pihaknya mendapat panggilan pada pukul 5.29 petang tadi dan tiba di lokasi kejadian 15 minit kemudian.

“Setibanya di lokasi kami mendapati terdapat tembok sebuah rumah yang runtuh. Runtuhan tersebut turut menimpa sebuah kereta jenis Perodua Myvi namun ia tidak melibatkan mangsa.

“Kemungkinan konkrit tembok rumah berkenaan tidak kuat dan menyebabkan ia runtuh dan mungkin disebabkan cuaca hujan yang berlaku di sekitar sini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, pihak bomba telah menyerahkan kes tersebut kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, seorang jiran pemilik rumah yang tidak mahu dikenali memberitahu, ketika kejadian dia dan suaminya berada di dalam rumah.

“Pada pukul 4 petang, saya terdengar satu dentuman kuat dan kemudian saya keluar rumah dan melihat rumah jiran saya itu mengalami runtuhan tembok,” katanya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI