fbpx

Taikun media Mesir didakwa atas jenayah pemerdagangan manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli perniagaan dan pemilik media Mesir, Mohamed Al-Amin telah ditahan atas tuduhan pemerdagangan manusia dan serangan tidak senonoh. - Twitter

KAHERAH, Mesir – Taikun perniagaan Mesir, Mohamed Al-Amin akan dibicarakan di atas tuduhan pemerdagangan manusia berikutan keputusan pendakwa raya untuk merujuk kes itu ke mahkamah jenayah, lapor akhbar Arab News, kelmarin.

Al-Amin mengasaskan Kumpulan Pusat Penyiaran (CBC) dan rangkaian Modern Network bersama Agensi Berita Arab serta TV Al-Nahar.

Menurut kenyataan pendakwaan, Al-Amindi dituduh  melakukan serangan seksual terhadap tujuh orang gadis..

Keputusan  memfailkan kesnya di mahkamah jenayah dibuat berdasarkan keterangan 13 saksi, kenyataan sebilangan mangsa dan pemeriksaan terhadap telefon Al-Amin serta laporan perubatan.

Polis berkata, suspek menahan mangsa di rumah anak yatim yang didirikannya, mengambil kesempatan daripada kuasa yang ada untuk mengeksploitasi mereka secara seksual.

Siasatan dijalankan oleh Jabatan Am Membanteras Migrasi Haram dan Pemerdagangan Manusia di Kementerian Dalam Negeri serta pakar psikologi, pekerja sosial, pegawai kawalan kehakiman di Kementerian Perpaduan Sosial dan pakar perubatan.

Laporan oleh Majlis Kebangsaan untuk Keibuan dan Kanak-kanak dan pakar Kementerian Solidariti mengatakan bahawa mangsa-mangsa  dilaporkan mengalami gangguan psikologi akibat serangan seksual yang dialami mereka.

Pendakwa raya melancarkan siasatan selepas menerima laporan daripada Majlis Kebangsaan untuk Keibuan dan Kanak-Kanak pada 10 Disember tahun lalu mengenai akaun media sosial yang mendakwa Al-Amin telah menyerang kanak-kanak perempuan yang tinggal di rumah anak yatim miliknya.

Kumpulan gadis itu mendakwa bahawa Al-Amin menawarkan wang, hadiah dan telefon bimbit sebelum menyerang mereka dan mengancam untuk memukul mereka yang menolak hasrat seksualnya.

Al-Amin yang merupakan lulusan Fakulti Kejuruteraan di Universiti Alexandria kemudian berpindah ke Kuwait bersama abangnya untuk bekerja dengan firma kontrak.

Pada tahun 2002, Al-Amin kembali ke Mesir dan melabur lebih  AS$3 juta (RM12.6 juta) dalam Kumpulan CBC yang telah menjadi salah satu saluran satelit paling utama di Mesir. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI