fbpx

Sasar jualan 1 juta tub Chocoalbab sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khai bersama pengasas Chocoalbab, Said Saiful Fazli

PETALING JAYA – Syarikat CLA Empire Sdn. Bhd., menerusi produk tub makanan ringan berasaskan coklat dan bijirin, Chocoalbab optimis untuk terus terbang tinggi menerusi pelantikan penyanyi Khai Bahar sebagai duta.

Dilancarkan April tahun lalu, jenama dengan ‘tagline’ Hidup Biarlah Sedap itu sejak bulan pertama berjaya mencipta rekod sebanyak 50,000 tub berjaya terjual.

Pengasasnya, Said Saiful Fazli berkata, dia kini mensasarkan jualan sebanyak satu juta tub dalam tempoh sebulan selain dieksport ke Indonesia, Brunei dan Thailand.

“Pelantikan Khai Bahar sebagai duta sejak Januari lalu memberi impak tersendiri hingga graf jualan meningkat secara mendadak.

“Saya percaya usaha memikat Khai biarpun pelawaan sebagai duta buat kali pertama Oktober tahun lalu ditolaknya secara baik memberi metafora tersendiri.

“Saya tidak putus usaha, sampai guna macam macam kaedah. Akhirnya percaturan menjadi apabila menggunakan bantuan salah seorang teman usahawan yang pernah menggunakan khidmatnya,” katanya.

Ketika ini, sudah ada lebih 2,000 pengedar di seluruh Malaysia.

“Bijirin campuran ini menggunakan kombinasi coklat dan kacang Almond yang sangat premium.

“Ia didatangkan dengan tiga jenis perisa, Choco Rice, Choco Ball dan Mini Choco Crunch,” katanya.

Said berkata, perkataan albab dalam jenama berkenaan turut memberi maksud yang sangat simbolik.

“Ia diambil daripada bahasa Arab yang membawa maksud pintu. Pintu itu juga memberi makna lebih tepat kepada ‘pintu rezeki’ dan ‘pintu kebahagiaan’.

“Dengan jenama ini, kami alu alukan ramai lagi menyertai pintu rezeki bersama pasukan SaudagarCLA untuk menjana pendapatan. Pastinya tub coklat ini memberi pintu kebahagiaan buat yang menikmatinya,” kata Said. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI