fbpx

Ramai pemimpin Bersatu mahu lompat kepada BN – Annuar Musa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar Musa memaklumkan ramai pemimpin Bersatu mengumumkan kembali memberi sokongan kepada UMNO dan BN

PETALING JAYA – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan terdapat beberapa pemimpin kanan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor mengumumkan kembali menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Saya tahu ramai lagi yang bersedia untuk berbuat demikian, Insya-Allah.

“Gelombang ini bukan satu perkara yang tidak baik dan ia satu proses pemulihan. Belut pulang ke lumpur, sirih pulang ke gagang,” katanya menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebooknya hari ini.

Tambah Annuar, sebagai ahli dan penyokong setia parti harus membuka pintu dan menyambut kepulangan sesiapa sahaja yang ingin menyertainya semula.

“Mudah-mudahan ia turut merintis kepulangan dokongan rakyat keseluruhannya terhadap parti keramat warisan bangsa ini.

“Dalam sejarah politik negara, parti serpihan biasanya berjuang di bawah dokongan personaliti, bukan organisasi atau ideologi,” ujarnya

Jelasnya, UMNO adalah sebuah parti berakar umbi dan mempunyai organisasi yang tidak terlalu bergantung kepada personaliti.

“Saya mendoakan lebih ramai kawan-kawan yang dahulunya meninggalkan parti ini, kembali semula,” katanya lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI