fbpx

Rakyat Kelantan disaran buang sampah ikut waktu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Izani Husin.- Foto oleh ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Rakyat di negeri ini disarankan membuang sampah di dalam tong-tong yang telah disediakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di daerah masing-masing bermula pukul 5 petang hingga 10 pagi bagi mengatasi masalah lambakan bahan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr. Izani Husin berkata, pembuangan sampah mengikut masa itu turut memudahkan tugas-tugas pekerja pembersihan untuk membuat pungutan.

Menurutnya, pembuangan sampah secara berterusan menyebabkan bahan itu sentiasa ada sekali gus mencacatkan pemandangan di kawasan tong sampah.

“Jika boleh, buang sampah ikut masa dan jangan melebihi pukul 10 pagi. Jika hendak buang sampah, tunggu pada pukul 5 petang pula.

“Sekiranya kaedah ini dipraktikkan, kita akan lihat tong-tong sampah akan kosong dan bersih,” katanya ketika ditemui pemberita katanya pada Majlis Apresiasi, Penyampaian Sumbangan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) dan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Parlimen Pengkalan Chepa 2022 di sini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijang itu memberitahu, pihaknya amat amat berharap seluruh rakyat negeri ini dapat menyokong usaha kerajaan tersebut.

Katanya, langkah itu bertujuan memastikan tong-tong sampah sentiasa berada dalam keadaan bersih selain memudahkan pengendalian.

Dalam perkembangan lain, Dr. Izani berkata, kerajaan negeri turut menyeru masyarakat supaya tidak merosakan harta kerajaan seperti membakar tong sampah.

Katanya, tindakan vandalisme itu akan menyebabkan rumah sampah turut terbakar sekali gus merugikan semua pihak termasuk kerajaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI