fbpx

PRN Johor: Bersatu Tanjung Piai nafi terbubar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Musa Khamis menunjukkan surat ikrar setia ahli Bersatu pada sidang media di Pejabat Bersatu Pekan Nanas, Pontian, Johor hari ini. - Foto RAJA JAAFAR ALI

PONTIAN – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tanjung Piai menafikan dakwaan bahawa bahagian tersebut terbubar setelah beberapa ahlinya umum keluar parti pada malam tadi.

Pemangku Ketua Bersatu Bahagian Tanjung Piai, Musa Khamis berkata, perkara itu tidak berlaku kerana hanya satu cawangan sahaja yang terbubar iaitu Cawangan Pekan Nanas Timur.

Katanya, bahagian tersebut masih lagi berdiri teguh dengan sokongan 20 cawangan lain bagi meneruskan perjuangan parti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi.

“Semalam, Bekas Setiausaha Bersatu Bahagian Tanjung Piai, Hishamuddin Busri bersama empat ahli Jawatankuasa umum keluar parti kerana merasakan Bersatu sudah kehilangan hala tuju.

“Tindakan itu hanya menyebabkan satu cawangan sahaja terbubar. Dakwaannya kira-kira 300 ahli yang lain turut angkat kaki juga keterlaluan. Kita masih ada Jawatankuasa yang lengkap.

“Saya tuntut dia kemukakan bukti seramai itu yang mengikut jejaknya hingga lima cawangan Bersatu Bahagian Tanjung Piai terbubar,” katanya pada sidang akhbar di Rumah Bersatu Tanjung Piai, di sini hari ini.

Semalam, Bekas Setiausaha Bersatu Bahagian Tanjung Piai bersama 300 ahli Bersatu bertindak keluar parti beramai-ramai kerana merasakan parti berkenaan sudah tidak mempunyai masa depan dalam kancah politik tanah air. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI