fbpx

Perpisahan buat J.Lo, Ben Affleck berhati-hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
J.LO dan Ben Affleck kembali bersama selepas 17 tahun perhubungan cinta mereka berkecai.

PENYANYI dan juga pelakon terkenal Jennifer Lopez tidak mahu terlalu terbuka menayang hubungan cinta bersama kekasihnya yang juga aktor, Ben Affleck.

Ujarnya, peluang untuk mencintai lelaki yang sama buat kali kedua dimanfaatkan sebaik-baiknya supaya tidak berlaku perpisahan seperti hubungan mereka sebelum ini.

Katanya lagi, laporan media pada masa lalu banyak mempengaruhi hubungannya dengan Affleck sehingga membuatkan mereka berpisah sekitar 17 tahun lalu.

“Kami pernah bercinta sebelum ini dari tahun 2001 sehingga 2004. Bahkan kami hampir berkahwin, namun tidak kesampaian.

“Ketika itu semua orang tahu tentang hubungan kami. Jadi untuk hubungan kali ini, saya tidak akan bersikap terbuka seperti sebelumnya,” ujarnya.

Selebriti berusia 52 tahun itu turut mengungkap bahawa kesalahan yang pernah dilakukan pada masa lalu telah banyak memberi pengajaran untuknya dan juga Affleck.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI