fbpx

Pelajar mahu eksperimen bab pembiakan dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Tindakan seorang pelajar perempuan membuat satu video bertanya mengapa mata pelajaran sains tingkatan satu bab empat (pembiakan) tiada yang membuat eksperimen dikecam orang ramai.

Gambar dari video itu didedahkan seorang pengguna Twitter, @yoursturulypir, berkongsi satu gambar yang ditanya oleh pelajar perempuan tersebut mengenai mengapa tiada yang membuat eksperimen terhadap bab empat (pembiakan) mata pelajaran sains tingkatan satu.

Seorang individu yang merupakan guru mata pelajaran sains, @mulanzhu, turut berkongsi pengalaman beliau mengajar pelajar tingkatan satu tajuk ini dan ada segelintir pelajar senyap serta ada juga yang bising dan teruja.

“Sekarang ini saya sedang menanda kertas pelajar saya dan memang saya selitkan juga soalan pembiakan, kebanyakkan pelajar ramai yang skor di soalan alat pencegah kehamilan serta waktu yang perlu dielakkan bersama untuk perancangan keluarga,” jelas Mulan.

Namun, ada juga pelajar yang menjawab soalan peperiksaan itu seolah olah biadap terhadap guru tersebut.

“Mana lah tahu saya belum kahwin lagi, nanti saya dah kahwin saya beritahu cikgu,” jawapan pelajar tersebut.

Perkongsian pelajar tersebut

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial berasa marah dengan tindakan pelajar yang jawab biadab begitu serta pelajar yang minta eksperimen apabila belajar bab empat mata pelajaran sains.

“Seseorang pelajar tidak boleh memberikan jawapan bertulis seperti itu. Ia benar-benar di luar konteks. Walaupon tidak tahu, tidak perlu tulis macam tu. Biarkan ia kosong lebih baik. Pelajar zaman sekarang memang kurang adab belajar dengan guru,” ujar @tighahmisu.

“Sebagai seorang pelajar, sekiranya kita tidak tahu jawapan, kita haruslah menulis sekadar yang kita faham berdasarkan soalan walaupun jawapannya sangat singkat. Ia tidak sepatutnya menjadi jawapan yang tidak sopan seperti itu,” jelas @ashh_kzh.

“Sistem pembiakan ni memang perlu diajar awal sebab remaja perempuan lebih cepat akil baligh berbanding lelaki dan berita murid 13 tahun hamil kerana seks bebas sudah banyak berlaku. Sebab itu Kurikulum Standart Sekolah Menengah (KSSM) sekarang susun semula silibus dari tingkatan satu hingga tingkatan lima mengikut susunan,” kata @chubbb__ – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI