fbpx

Nama Iqbal trending di Twitter, ramai akui ‘tutup telinga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Iqbal

PETALING JAYA – Kemunculan usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkefli sebagai salah seorang peserta program Big Stage 2022 telah menjadi bualan hangat orang ramai sejak malam tadi.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati namanya kini semakin trending sehingga menduduki carta pertama di Malaysia dan mendapat lebih 16 ribu ciapan daripada pengguna Twitter.

Rata-rata pengguna menganggap persembahannya pada minggu pertama konsert Big Stage 2022 seperti belum layak untuk bertanding.

Turut memberi komen, aktivis kemanusiaan, Caprice berpendapat bahawa teknik pemasaran yang diberikan oleh pihak Astro begitu baik apatah lagi dengan kemunculan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida sebagai Presiden Netizen.

“Astro, Big Stage, ‘marketing’ anda memang A+++++. Anda ada Dato Seri Vida sebagai juri dan kebelakangan ini dia semakin viral.

“Kemudian anda ada Iqbal sebagai peserta kejutan yang sentiasa viral,” katanya.

Menerusi video yang dimuat naiknya di Instagram, Caprice turut menyifatkan nyanyian Iqbal sumbang ketika menyanyikan lagu Bila Bulan Berbicara nyanyian asal Broery Marantika di konsert pertama itu.

“Cuma suara Iqbal itu bagi Caprice laa sebagai penonton, memang ke laut dan saya minta maaf Iqbal, sampai Mont Kiara hujan lebat,” ujarnya.

Sementara itu, di Twitter ramai yang memuat naik ciapan dan memberi pelbagai reksi berhubung persembahannya.

“Terkejut, terkesima, lima markah Iqbal dapat, patutnya belajar dahulu, baru masuk pertandingan, tutup telinga bila dengar, kalau dibiar risau bernanah,” ciap @RenoSmule.

“Balik la Iqbal, orang lain berkali-kali datang uji bakat nak masuk, memang aku tutup telinga dengar kau nyanyi semalam, memang sumbang,” ciap pengguna lain.

Manakala di Facebook pula, pelbagai hujahan dan komen dilontarkan oleh pengguna media sosial sehingga ada yang membandingkan suaranya dengan Datuk Seri Aliff Syukri.

“Sedap lagi suara Aliff Syukri, baik dia sahaja jadi peserta, ukur kemampuan diri, supaya tak dimalukan sahaja,” ujar Nik Adila Bahar.

“Dah tahu siapa akan tersingkir dulu, maaf ye abang, patutnya kaya pergi kelas vokal dahulu,” kata Nall Hakimi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI