fbpx

Layarkan Prasangka satu pengubat duka?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ILUSTRASI kulit depan single Layarkan memaparkan gambar sangkar, melambangkan diri kita yang terkurung dengan sendirinya dan dihasilkan oleh Sue Anna Joe, seorang jurugambar, pelukis dan artis digital.

BIAR apa pun yang terjadi, tetaplah berdiri teguh mendepani dugaan dalam kehidupan.

Dalam menyuntik semangat untuk terus bertahan, sebuah lagu memujuk hati didatangkan istimewa daripada sebuah kumpulan yang menggelarkan diri mereka Prasangka.

Layarkan, sebuah lagu berkisar tentang perjalanan hidup yang harus diteruskan tatkala negara bahkan seantero dunia digoncang dengan wabak Covid-19.

Meskipun dilanda musibah, Layarkan muncul sebagai pengubat duka agar dapat tetap bertahan walaupun hidup dilanda kepayahan dan dugaan dengan berbekalkan keyakinan tinggi terhadap Maha Pencipta.

Single Layarkan merupakan lagu kedua hasil buah tangan Prasangka yang dirakamkan pada April tahun lalu ditunjangi oleh komposer serta penyanyi kumpulan itu sendiri, Ajis Hisham.

MENGATUR impian, Prasangka mengharapkan agar muzik mereka dapat diterima pendengar di luar sana.

Mengorak langkah

Mungkin nama Prasangka masih belum mesra di telinga pendengar setakat ini.

Sebagai info, Prasangka membuat kemunculan awal disertai dengan pelancaran single perdana berjudul Jadey yang dirakam pada Julai 2020.

Lagu berkenaan dirakamkan di Studio Dapo Rekod, Nilai, Negeri Sembilan milik gitaris, Areed Iskandar. Begitu juga dengan lagu Layarkan.

Walaupun masih baru hendak ‘merangkak’ dalam industri arus perdana, namun semua itu tidak pernah menjadi penghalang untuk Prasangka mengorak langkah besar dalam karier mereka.

Mereka akan tampil dengan EP pertama menjelang pertengahan tahun ini dengan memuatkan sebanyak enam buah lagu.

Segala pembikinan ‘mixing’ dan ‘mastering’ diadun di Studio Dapo Rekod dengan menyaksikan Areef diberi kepercayaan untuk menyiapkan seluruh proses tersebut.

Kumpulan Prasangka memperjuangkan konsep ‘rock n roll’, ‘bluegrass’ dan kerakyatan dengan cara mereka sendiri.

Menurut kumpulan itu, mereka mempengaruhi muzik daripada beberapa buah kumpulan ternama antaranya Kembara, Search, Al Di Meola, Roy Clark dan Sirkus Barock.

Lagu Layarkan yang dicipta oleh Ajis dan Kader Kesuma merupakan hak cipta dan edaran Luncai Emas Sdn. Bhd.

Menurut Ajis, kumpulannya memilih Luncai Emas untuk edaran digital kerana bersesuaian dengan konsep serta cita rasa mereka.

“Harapan kami terhadap pendengar agar mereka menerima serta suka dengan percaturan kedua daripada kami ini iaitu lagu Layarkan selepas single perdana, Jadey dilancarkan pada Oktober 2020,” ujar kumpulan itu.

Single Layarkan sudah pun berada dalam YouTube Luncai Emas pada 10 Disember lalu.

Malah, lagu berkenaan turut tersedia dalam semua platform digital seperti Spotify, Apple Music dan JOOX.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI