fbpx

Kutip 13 kg sampah dalam 2 jam di Jalan Raja Laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian penduduk Tiong Nam dan petugas SWCorp mengutip sampah di sepanjang Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur semalam. – FOTO: IHSAN SWCORP

PUTRAJAYA – Sikap jelik perokok tegar yang amat suka membuang puntung tembakau itu menyebabkan ia ‘mendominasi’ sampah paling banyak dikumpulkan di Jalan Raja Laut di ibu kota.

Penemuan itu hasil Program Plogging Bersama Komuniti Tiong Nam dilaksanan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Wilayah Persekutuan semalam.

Selama dua jam aktiviti tersebut berlangsung di sepanjang laluan pejalan kaki sejauh hampir satu kilometer itu, sampah-sarap seberat 13 kilogram berjaya dikutip para sukarelawan terlibat.

Menerusi hantaran melalui akaun sosial rasmi agensi berkenaan, puntung rokok sebagai mana yang dijangka, terus muncul sebagai sisa pepejal terbanyak telah pun berjaya dikumpulkan.

“Ini diikuti putik kapas, straw dan pelitup muka selain sampah yang berbentuk plastik termasuk bungkusan makanan dan minuman serta polisterin dibuang di celah pokok,” jelas agensi itu.

SWCorp menambah, kawasan Tiong Nam yang terkenal banyak deretan rumah kedai lama itu merupakan kawasan paling teruk dilanda banjir besar pada akhir tahun lalu di Kuala Lumpur.

Bagi memeriahkan suasana, petugas agensi tersebut turut membawa plakad untuk menyeru para pemandu kenderaan membunyikan hon sebagai tanda sokongan buat wira ‘plogging’ itu.

Aktiviti berkenaan juga disertai Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan, Ummi Kalthum Shuib yang tidak kekok mengutip sisa pepejal kecil bersama-sama penduduk kawasan Tiong Nam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI