fbpx

Kerajaan sarankan majikan terus amalan BDR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Majikan di negara ini disaran untuk meneruskan amalan bekerja dari rumah (BDR) atau melaksanakan sistem penggiliran kehadiran ke pejabat dalam usaha membendung penularan jangkitan Covid-19 ketika ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, amalan BDR juga disarankan diwujudkan semula buat masa ini bagi memastikan persekitaran selamat di tempat kerja.

“Selain itu, kerajaan juga menyarankan setiap majikan untuk membantu pekerja melakukan ujian segera Covid-19 sekiranya bergejala memandangkan ada sesetengah pekerja sukar untuk mendapat kit calitan.

“Jadi, majikan digalakkan untuk membantu menyediakan kit ujian calitan dan pelitiup muka berkualiti bagi membantu pekerja yang sukar mendapatkan barangan tersebut,” katanya dalam sidang akhbar khas tadi.

Katanya, majikan juga disaran untuk mendapatkan insentif khas disediakan Kementerian Kewangan bagi mengubahsuai sistem pengudaraan di tempat kerja dalam memastikan tahap keselamatan di tahap maksimum. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI