fbpx

Indonesia juga ada Laut Mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengunjung Pantai Tureloto boleh mengapungkan badan seperti yang boleh dilakukan di Laut Mati asli yang terletak di Jordan. - Google

JAKARTA – Sebuah pantai di Sumatera Utara dikatakan mempunyai kadar kandungan garam yang sangat tinggi dan digelar sebagai Laut Mati Indonesia, lapor laman berita Kompas, semalam.

Air di Pantai Tureloto, Kabupaten Nias Utara itu sangat masin dan menyukarkan hidupan laut untuk membiak di dalamnya.

Selain itu, pengunjung yang datang ke pantai itu  juga boleh mengapungkan diri tanpa perlu berenang kerana kepekatan garamnya.

Meskipun digelar Laut Mati Indonesia, Pantai Tureloto masih mempunyai sedikit hidupan di dalamnya namun tidak seperti lautan biasa.

Memiliki pemandangan yang sangat cantik dan dikenali sebagai pusat pelancongan, Pantai Tureloto juga mempunyai gugusan batu karang yang bertindak sebagai pemecah ombak semula jadi. 

Laut Mati yang asli terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI