fbpx

Gigi Hadid sudah puas jadi model

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GIGI HADID

MODEL terkenal Gigi Hadid mendedahkan pernah beberapa kali menolak untuk menjadi penghias muka hadapan majalah fesyen terkenal kerana mahu memberi peluang kepada model baharu.

Menerusi satu sesi temu bual bersama majalah InStyle, Hadid berkata, dia menolak tawaran tersebut kerana memikirkan tentang peluang model baharu untuk mencipta nama.

“Sampai satu tahap, saya merasakan sudah puas beraksi di hadapan kamera. Saya ingin memberi peluang kepada model baharu yang lain untuk merasai apa yang pernah saya rasakan.

“Mereka (model baharu) juga ­patut ­diberi peluang untuk dikenali dan ­mencapai kejayaan seperti saya,” kata­nya.

Dalam pada itu, Hadid juga membe­ritahu dirinya kini sudah jatuh cinta ­dengan bidang pengacaraan dan ingin serius untuk bergelar seorang pengacara program fesyen.

Hal tersebut terbukti selepas Hadid diberi peluang untuk menjadi pengacara bersama Tan France menerusi program Next in Fashion terbitan Netflix.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI