fbpx

Covid-19: MITI beri jaminan tiada penutupan sektor ekonomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammed Azmin ketika ditemui pemberita pada majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina bersama IKS di Tangkak, Johor malam tadi.

TANGKAK – Tiada sekatan pergerakan penuh atau penutupan beberapa sektor terutama ekonomi meskipun angka kes Covid-19 kembali meningkat kebelakangan ini.

Itu jaminan ditegaskan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurutnya, jaminan diberikan kepada pemain Industri Kecil dan Sederhana (IKS) selepas melihat kepada impak penutupan sebelum ini.

“Ya, kerajaan umum tak akan PKP kerana kesan kepada ekonomi dan pengangguran negara pada awal 2020 meningkat kepada 5.3 peratus sehingga 826,000 rakyat Malaysia hilang pekerjaan.

“Kita tak boleh lagi melakukan sekatan pergerakan penuh kerana apa yang kita buat (kini) berdasarkan data dan sains untuk langkah-langkah kawalan. Kita lebih bersasar sekiranya ada kenaikan (kes).

“MITI akan turut memastikan kumpulan peniaga juga tidak akan berdepan impak ekonomi sehingga memaksa beberapa sektor perniagan terpaksa gulung tikar,” katanya pada majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina bersama IKS di sini, malam tadi.

Tambah Mohamed Azmin, program vaksinasi termasuk Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (Pikas) yang telah menyuntik hampir dua juta pekerja sektor pembuatan antara inisiatif yang dilakukan MITI dalam memastikan sektor ekonomi tidak lagi terjejas dengan wabak Covid-19.

Katanya, kerajaan juga telah meminda Akta 446 untuk memastikan tempat tinggal pekerja bersifat kondusif sebagai langkah proaktif untuk menangani masalah Covid-19 dengan cara lebih efektif. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI