fbpx

Aku tak ampun sapa kata aku bankrap – Sajjad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sajjad sahkan status dirinya yang masih berada dalam kategori tidak bankrap.

PETALING JAYA – Usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mengesahkan status dirinya yang masih berada dalam kategori tidak bankrap.

Maklumat itu dikongsikan menerusi hantaran terbarunya di laman Instagram.

Sementara itu, Sajjad turut memuat naik satu surat pemberitahuan keputusan carian kebankrapan melalui Jabatan Insolvensi Malaysia sebagai bukti kenyataannya itu.

Katanya, ramai pihak di luar sana mengatakan bahawa dia telah bankrap tanpa sebarang bukti yang sahih dan menuduh secara melulu.

“Ramai orang fitnah kata Sajjad bankrap, hadam la yang mengata aku bankrap itu.

“Tidak akan aku ampunkan orang yang mengata aku selama ini,” katanya.

Selain itu, Sajjad memaklumkan dirinya kini bahagia menjalani kehidupan di luar negara.

Menjengah ke ruangan komen Instagramnya, rata-rata orang ramai memberikan pelbagai reaksi dan ada pengguna yang kagum melihat semangatnya dalam melakukan sesuatu serta berjaya dalam dunia perniagaan.

“Sajjad tak bankrap sebab waktu perlanjutan, dia berada di luar negara dan perkara itu dalam pengetahuan pihak mahkamah,” kata Nadia Sumiring.

“Tiada makna harta dunia, bila-bila masa Allah boleh tarik, bukan harta yang teman ke alam kubur nanti, amalan yang dibawa,” ujar @fit_oh_fit.

“Biarlah kisah dia, janji dia tahu usaha nak cari duit, berniaga, teruskan semangat awak Sajjad untuk hebat di negara orang,” kata Imran Jamin.

Sebelum ini, Sajjad memaklumkan dia telah berjaya mendaftar perniagaannya di Australia dan turut menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka yang berminat untuk bekerja dengannya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI