fbpx

28,466 kanak-kanak daftar PICKids di Pahang setakat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kanak-kanak menerima suntikan dos pertama Covid-19 di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Seramai 40 kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah di negeri ini mula menerima suntikan vaksin Covid-19 hari ini.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Nor Azimi Yunus berkata, suntikan yang bermula hari ini menyasarkan kumpulan kanak-kanak komorbid yang layak.

“Pada hari ini seramai 30 kanak-kanak menerima suntikan dos pertama di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan manakala 10 lagi menerima suntikan di Hospital Pekan,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini

Menurutnya untuk Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids) di negeri ini, seramai 28,466 kanak-kanak telah berdaftar dalam aplikasi MySejahtara untuk menerima suntikan berkenaan.

Katanya, jumlah itu melibatkan kira-kira 14 peratus daripada keseluruhan 197,700 kanak-kanak yang layak menerima suntikan berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI