fbpx

SIC, Espargaro bakal dikenakan hukuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ESPARGARO didakwa melanggar SOP gelembung sukan apabila berbasikal keluar dari Sepang, namun sudah membuat permohonan maaf.

SEPANG – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memandang serius segala bentuk pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang berlaku ketika ujian pramusim MotoGP berlangsung Litar Antarabangsa Sepang (SIC) baru-baru ini.

Pengarah Cawangan Pembangunan Rekreasi Cawangan Pembangunan Rekreasi Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negara, Nor Azli Mohamad Daud berkata, pihaknya telah menyerahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menentukan segala bentuk hukuman kepada pelumba Aprilia Racing, Aleix Espargaro.

Pada Khamis lalu, Espargaro dikesan melanggar protokol kawalan ketat gelembung sukan dengan melakukan aktiviti berbasikal luar dari Sepang, namun  permohonan maaf telah dilakukan oleh Espargaro dan juga Aprilia kepada Kerajaan Malaysia berikutan masalah tersebut semalam.

Sebagai penganjur kejohanan, SIC dan Espargaro boleh dikenakan hukuman di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan bakal dikenakan kompaun RM1,000.

“Saya bukan pihak bertanggungjawab dalam menerangkan Akta 342 ini. Akta ini di bawah pihak KKM. Sebarang bentuk tindakan daripada SIC kepada Espargaro, sudah dipanjangkan kepada KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk tindakan selanjutnya.

“Akan ada tindakan kerana mana-mana kejohanan yang melanggar SOP sebelum ini akan dikenakan hukuman. Jadi, ketika ini, hanya KKM sahaja boleh menjawab. Kemungkinan SIC dan Espargaro bakal menerima hukuman,” katanya pada sesi sidang akhbar hari ini.

Sementara itu, Espargaro mengakui dia belum menerima sebarang maklumat lanjut mengenai tindakan yang akan dikenakan terhadapatnya selepas membuat permohonan maaf kepada kerajaan Malaysia, Jumaat lalu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI