fbpx

Pulih Covid-19, Maria Tunku Sabri mudah letih, pelupa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARIA TUNKU SABRI

PETALING JAYA – Selepas lebih tiga bulan pulih daripada virus Covid-19, pengacara popular Maria Tunku Sabri mengakui kerap berasa letih, semput dan semakin pelupa.

Maria dijangkiti virus berkenaan sekitar Oktober tahun lalu juga menyedari banyak perubahan berlaku kepada dirinya selain kehilangan berat badan sebanyak tujuh kilogram.

“Banyak perubahan yang berlaku ke atas diri akibat Covid-19. Walaupun telah pulih, sekarang saya mudah penat dan semput. Meskipun mempunyai pembantu rumah, saya lebih selesa melakukan kerja rumah sendiri.

“Impak selepas dijangkiti Covid-19 itu benar-benar terasa. Jika dahulu saya boleh mencuci dan mengemas rumah tiga tingkat, kini saya perlu berehat seketika kerana terlalu letih.

“Selain itu, saya juga mudah lupa. Sebab itu, sekarang saya jarang memuat naik video masakan kerana banyak tergendala. Kadangkala saya sudah membuka peti sejuk, tetapi terlupa barang yang ingin diambil.,” katanya.

Malah, penyakit asma yang dialaminya dulu kembali menyerang selepas pulih daripada virus Covid-19. Oleh sebab itu, dia terpaksa membawa ubat sedutan asma ke mana-mana kerana bimbang penyakit tersebut menyerang sewaktu bekerja.

Bekas pramugari syarikat penerbangan Malaysia Airlines Berhad itu turut memberitahu, hasil pemeriksaan kesihatan yang dilakukan di Institut Jantung Negara (IJN)baru-baru ini mendapati kesan akibat virus Covid-19 masih kelihatan pada paru-parunya.

“Saya menjalani ujian kesihatan di IJN dan membuat pemeriksaan untuk menilai tahap kesihatan. Masih terdapat sedikit titik-titik pada bahagian paru-paru dan mereka menyarankan saya untuk melakukan latihan pernafasan.

“Oleh itu, saya melakukan senaman pernafasan sebanyak 10 set setiap hari. Alhamdulillah, selera dan deria rasa juga sudah kembali secara perlahan-lahan,” katanya yang ditemui pada majlis pelancaran Hari Usahawan Negara 2022 baru-baru ini.

Terdahulu, pengacara yang popular dengan program Jalan Jalan Cari Makan itu dirawat selama sembilan hari di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang selepas bacaan darah tinggi rendah, degupan jantung laju dan demam gara-gara dijangkiti Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI