fbpx

Penyanyi legenda Lata Mageshkar meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI terkenal Bollywood, Lata Mageshkar meninggal dunia akibat Covid-19.

MUMBAI – Dunia Bollywood kehilangan sebutir permata seni yang amat bernilai apabila penyanyi legenda terkenal India Lata Mageshkar meninggal dunia hari ini.

Penyanyi yang berusia 92 tahun itu menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan Covid-19.

Terdahulu, Lata yang dilahirkan pada tahun 1929 itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Breach Candy selepas dijangkiti wabak maut tersebut pada 11 Januari lalu.

Turut meratapi kehilangan bintang legenda itu adalah Perdana Menteri India, Narendra Modi apabila berkongsi rasa sedih menerusi satu ciapan yang dimuat naik dalam Twitter miliknya.

“Saya berasa sangat sedih. Lata Didi (panggilannya) seorang yang baik hati dan penyayang telah meninggalkan kita semua.

“Kehilangannya ibarat kekosongan yang tidak boleh diisi,” katanya.

Mageshkar dilahirkan di pusat bandar Indore telah memulakan kerjaya nyanyiannya seawal usia 13 tahun [ada tahun 1942.

Selepas bapanya, Dinanath Mangeshkar meninggal dunia, Mageshkar terpaksa menjaga ibu serta empat orang adiknya.

Mageshkar mendapat peluang untuk menyanyi menerusi filem pertamanya berjdudl Aapki Sewa Mein pada tahun 1947.

Sehingga kini, penyanyi itu telah menggunakan suaranya dalam nyanyian untuk lebih daripada 1,000 buah filem. Malah lagu-lagu nyanyiannya akan dimainkan pada sambutan Hari Republik rasmi India pada setiap tahun.

Sehingga meninggal dunia, Mageshkar tidak pernah berkahwin dan mempunyai anak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI