fbpx

Peniaga terlalu bergantung pada satu pemborong -KPDNHEP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peniaga ayam di Pasar Awam Melaka semalam mendakwa bekalan ayam diterima kurang 50 peratus selepas harga standard turun kepada RM8.90 sekilogram.

MELAKA – Kekurangan bekalan ayam segar di Pasar Awam Melaka bukan disebabkan penurunan harga RM8.90 sekilogram atau isu di peringkat penternak, sebaliknya sikap peniaga yang terlalu bergantung kepada satu pemborong.

Pengarah Kemententerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar berkata, hasil siasatan yang dilakukan oleh penguat kuasa mendapati kekurangan bekalan itu hanya berlaku di pasar awam berkenaan.

Katanya, situasi itu menggambarkan rata-rata peniaga ayam di pasar tersebut tidak mempelbagaikan pemborong dan hanya bergantung kepada satu pemborong sahaja.

“Penguat kuasa KPDNHEP telahpun membuat siasatan berhubung kekurangan ayam segar di pasar itu dan kita dapati kesemua peniaga mendapatkan bekalan daripada satu pemborong yang sama.

“Pasar awam dan pasar raya di tempat lain bagaimanapun tidak mengalami kekurangan bekalan ayam,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Tambahnya, pihaknya telah melakukan pemeriksaan di lebih 50 lokasi di pasar, pasar tani dan pasaraya seluruh negeri.

“Kita juga dapati semua peniaga ayam patuh dengan harga standard baharu yang ditetapkan iaitu RM8.90 sekilogram,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI