fbpx

Pengantin perempuan disolek suami sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengantin lelaki berkenaan berkebolehan menyolek isterinya sendiri. - TikTok/@irfaaghata

JAKARTA – Seorang pengantin lelaki di Indonesia menjadi sensasi internet kerana menata rias isterinya sendiri ketika hari persandingan mereka, lapor laman berita Suara.com semalam.

Berdasarkan klip video yang dikongsikan di TikTok, seorang lelaki berpakaian biasa pada awalnya dilihat sedang tekun menyolek pengantin perempuan dengan solekan asas.

Tidak lama selepas itu, video seterusnya memaparkan lelaki tersebut sebenarnya merupakan pengantin lelaki yang pada ketika itu telah menyalin pakaiannya kepada busana pengantin.

Dia dilihat mengenakan solekan yang lebih sukar pada wajah pengantin perempuan, mengikut adat pengantin Jawa. 

Pada penghujung klip video itu, kedua-dua mereka dilihat bersanding pada majlis tersebut.

“Jurusolek merangkap pengantin lelaki,” tulis keterangan pada video itu.

Video tersebut menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai komen.

“Seronoknya disolek suami sendiri,” kata seorang netizen.

“Tajuknya adalah suamiku, MUA (jurusolek) ku,” kata seorang lagi. – AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI