fbpx

Pelancong asing boleh tinggal di Indonesia sehingga enam bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEBERAPA pelancong Jepun tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali menggunakan penerbangan Garuda Indonesia. – Komunikasi Awam Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif

JAKARTA – Direktorat Besar Imigresen di Kementerian Undang-undang dan Hak Asasi Manusia memaklumkan bahawa pelancong asing hanya boleh tinggal di Indonesia dengan tempoh maksimum enam bulan sahaja, lapor program berita Liputan 6 semalam.

Menurut pihak imigresen, pelancong asing boleh menyambung visa mereka beberapa kali sehingga mencapai tempoh maksimum enam bulan.

“Visa pelancong yang diterima oleh warga asing dan penjamin akan mempunyai tempoh selama 60 hari di Indonesia dan dapat dipanjangkan sehingga maksimum enam bulan,’’ demikian menurut keterangan Pengarah Trafik Imigresen, Amran Aris semalam.

“Sebagai contoh, pelancong asing yang melawat daerah lain boleh dilanjutkan tempoh lawatan mereka dengan memohon Permit Tinggal Melawat (ITK) di Pejabat Imigresen tempatan,’’ jelas beliau.

Amran turut meminta pelancong asing untuk menggunakan visa pelancong dengan sebaik mungkin. 

Pihak imigresen tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menyalahgunakan visa pelancongan.

“Kami juga akan mengambil tindakan terhadap pelanggaran berkaitan penggunaan visa elektronik untuk pelancongan,’’ tambahnya lagi.

Menurut Amran, pihak imigresen sebelum ini telah mengeluarkan sebanyak 273 visa elektronik dari 15 Oktober 2020 hingga 28 Januari 2022 untuk warga asing yang melawat Indonesia.

“Sebanyak 273 visa elektronik telah dikeluarkan kepada pelancong asing untuk melancong ke Bali dan Kepulauan Riau,’’ jelas Amran. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI