fbpx

Menteri Pengangkutan ucap takziah kepada keluarga arwah Azizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ka Siong (kiri) dan Muhammad Azizi.

PETALING JAYA – Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong menerusi satu hantaran di laman Facebook menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Muhammad Azizi Azizan, anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang maut hari ini.

“Muhammad Azizi adalah seorang anggota yang cukup komited dalam menjalankan tugas, semoga rohnya dicucuri rahmat.

“Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada warga Kementerian Pengangkutan (MOT) terutamanya JPJ,” tulisnya hari ini.

Terdahulu, akhbar melaporkan Azizi yang bertugas di Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) JPJ Kuala Lumpur maut dalam cubaan mengejar seorang penunggang motosikal yang melarikan diri dari sekatan jalan raya di Plaza Tol Gombak, hari ini.

Kejadian yang berlaku pada pukul 9.30 pagi itu meragut nyawa Azizi apabila motosikalnya dirempuh kereta jenis Toyota Vios dan disahkan mati di tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed, mengesahkan kejadian tersebut dan meminta saksi awam tampil memberikan maklumat untuk membantu siasatan insiden itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI