JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) bakal mempersembahkan manifesto yang pragmatik dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dalam usaha menawan hati pengundi sekaligus mengembalikan pentadbiran kerajaan negeri.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, BN tidak akan menjanjikan bulan dan bintang hanya sekadar untuk memenangi hati pengundi.
Menurut beliau, masyarakat khususnya pengundi sudah bijak untuk menilai apakah janji-janji yang ditawarkan sesebuah parti politik itu realistik ataupun tidak.
“Manifesto untuk PRN Johor pastilah ada, namun sekurang-kurangnya kita tidak akan bertindak seperti mereka (Pakatan Harapan) nak kencing sesiapa.
“Bila nak umumkan (manifesto) kita tunggu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapkan tarikh penamaan calon dan PRN, nak buat semua perkara ada urutannya,” katanya pada sidang akhbar yang diadakan selepas majlis pembubaran Bersatu Cawangan Molek Harmoni, malam semalam.-K! ONLINE