fbpx

Lelaki meninggal dunia ketika mendaki Bukit Melati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG warga emas meninggal dunia ketika mendaki Bukit Melati, Nilai, Seremban petang tadi.- Foto IHSAN BOMBA

SEREMBAN – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia ketika mendaki Bukit Melati, Nilai di sini dalam kejadian petang tadi.

Pegawai Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Raihan Che Mat berkata, mangsa dikenali sebagai, P. Ramakrisnan, 69, dan ketika kejadian mangsa dipercayai mendaki bukit itu seorang diri.

“Kami mendapat panggilan daripada pihak Kementerian Kesihatan pada pukul 6.22 petang yang memaklumkan seorang lelaki warga emas yang mendaki Bukit Melati, Nilai telah jatuh pengsan.

“Kami tiba dilokasi kejadian lapan minit kemudian. Bagaimanapun, setibanya kami, anggota telah dimaklumkan mangsa telah meninggal dunia dan disahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan.

“Pihak bomba telah mengambil masa 30 minit untuk membawa mangsa turun daripada bukit berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Raihan, pihaknya telah menyerahkan mangsa kepada pihak polis dan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk siasatan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI