fbpx

Lata Mangeshkar meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lata meninggal dunia pada usia 92 tahun akibat komplikasi Covid-19. - Times Of India

NEW DELHI – Penyanyi latar Bollywood tersohor, Lata Mangeshkar meninggal dunia di usia 92 tahun akibat komplikasi Covid-19, lapor akhbar The Indian Express, hari ini.

Lata yang dimasukkan ke hospital pada awal Januari lalu akibat jangkitan Covid-19 dan pneumonia disahkan meninggal dunia oleh Menteri Kesatuan, Nitin Gadkari di Hospital Breach Candy, Mumbai.

Perdana Menteri India, Narendra Modi menyifatkan kematian Lata sebagai satu kehilangan besar buat India.

Modi sedang mempertimbangkan untuk mengisytiharkan dua hari berkabung berikutan kematian legenda berkenaan.

Lata telah meminjamkan suaranya buat lebih 5,000 lagu dalam bahasa Hindi, Bengali, Marathi dan bahasa serantau yang lain sejak 1943. 

Mendiang telah dianugerahkan dengan Anugerah Dadasaheb Phalke, Bharat Ratna, Padma Vibhushan dan Padma Bhushan serta beberapa Anugerah Kebangsaan dan Filmfare. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI