fbpx

Kehadiran pak belang di Jalan Simpang Pulai disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Paparan pada laman Facebook rakaman pak belang yang dikatakan dilihat di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini.

IPOH – Pemantaun sedang dijalankan oleh pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak ekoran dakwaan seekor harimau belang dilihat di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini.

Pengarah Perhilitan negeri, Yusof Shariff berkata, satu rakaman video tular dalam media sosial mengakatakan harimau berkenaan dikesan di kawasan hentian rawat dan rehat (R@R) atau Banjaran Cafe dekat situ.

Menurut beliau, pihaknya telah menerima rakaman video tersebut pada pukul 10 malam tadi.

“Perhilitan Perak sedang menyiasat rakaman video tular harimau dilihat di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands

“Susulan itu kita telah menghantar unit harimau Perak ke tempat yang dikatakan,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini hari ini.

Sejak semalam tular video berdurasi 17 saat rakaman pengguna jalan raya seekor harimau belang di satu kawasan semak yang berbukit.

Berdasarkan keterangan pada video itu, seekor pak belang dikesan di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands selepas kawasan R@R atau Banjaran Cafe.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI