fbpx

Jenama baju Daiyan Trisha jadi perdebatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADA yang beranggapan perkataan 'Christian' yang tertera pada baju dipakai Daiyan ada kaitan dengan sebuah agama.

ALAHAI. Entahlah, Diva macam hilang kata-kata. Mana tidaknya. Apabila baca komen netizen dalam video TikTok pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha.

Daiyan berkongsi sebuah video dia menggayakan pakaian daripada jenama mewah Christian Dior. Kiranya macam video ‘review’ produk lah.

Tapi lain pula jadinya apabila terdapat netizen yang tiba-tiba mempersoalkan nama ‘Christian’ yang ada pada baju digayakan Daiyan. Sebab mereka fikir, itu adalah nama sebuah agama.

Eh! Diva macam nak ketawa tapi pada masa sama rasa ‘speechless’ pun ada. Kenapa sampai macam itu sekali wahai netizen.

Sah-sahlah di sebelah nama ‘Christian’ itu ada tertulis perkataan Dior. Jadi, jika tak tahu, Google lah dahulu. Itu adalah nama jenama mewah dik oi!

Kan dah tak pasal-pasal dapat malu? Tak salah bertanya, tapi sebelum nak suarakan apa-apa pendapat, pastikan ada ilmu. Sudahnya, ramai yang kecam kata netizen TikTok ni tak ‘rilek’. Malu pun dapat, kecaman pun dapat.

DIVA: Comel dan lucu pula tengok gelagat Zara Zya jadi wanita berbadan besar untuk drama terbaharunya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI