LANGSUNG tidak segan memaparkan hubungan romantik mereka dalam laman sosial, pasangan selebriti Hyuna dan Dawn dikatakan bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.
Terbaharu, kedua-dua mereka memuat naik entri dalam Instagram seperti memberi bayangan bahawa percintaan yang sudah bertahun terjalin akan bertukar status.
Dengan berkongsi gambar dua bentuk cincin, Dawn turut meninggalkan kapsyen ringkas bernada romantik buat bakal isterinya itu.
“Kahwini saya,” tulisnya ringkas, namun cukup romantis.
Paling menarik, Hyuna dilihat membalas dengan meninggalkan komen: “Ya, mestilah!”
Komen tersebut rata-rata membuatkan peminat dan pengikut kedua-dua selebriti terkenal itu membuat tebakan yang mereka bakal berkahwin tidak lama lagi.