fbpx

Dua pemandu maut kereta bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan tiga buah kereta yang terlibat dalam kejadian kemalangan maut di Kilometer 36 Jalan Pekan-Nenasi di Pekan hari ini.

PEKAN – Dua pemandu kereta maut selepas kenderaan dipandu mereka bertembung di Kilometer 36 Jalan Pekan-Nenasi di sini hari ini.

Mangsa yang maut dalam kejadian itu ialah pemandu kereta jenis Proton Saga, Chaw Jiun Shyan, 27, dan pemandu kereta jenis Perodua Myvi Zainong Abdullah 56.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu melibatkan tiga buah kereta iaitu Proton Saga, Perodua Myvi dan Proton Wira.

“Berdasarkan siasatan awal kejadian bermula apabila mendapati pemandu kereta jenis Proton Saga yang dalam perjalanan dari arah Rompin ke Pekan telah terbabas ke laluan bertentangan ketika mengambil selekoh.

“Kereta berkenaan kemudiannya bertembung dengan kereta jenis Perodua Myvi dan sebuah kereta jenis Proton Wira yang di belakang kereta Perodua Myvi tidak sempat membrek dan melanggar belakang kereta berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Katanya, akibat kemalangan itu pemandu kereta jenis Proton Saga meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta jenis Perodua Myvi meninggal dunia ketika mendapat rawatan di hospital.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih giat dilakukan.

Katanya, berdasarkan siasatan mendapati lokasi kejadian adalah berselekoh dan semasa kejadian cuaca baik dan tidak hujan.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu kereta jenis Proton Saga yang disyaki memandu secara melulu sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI