fbpx

Daiyan Trisha tak suka nyanyi lagu orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAIYAN TRISHA

MEMULAKAN kerjaya sebagai seorang penyanyi sekitar 2013, rezeki seni buat pemilik nama lengkap Daiyan Trisha Mohd. Nasaruddin ini bagaimanapun ternyata lebih membuahkan hasil dalam bidang lakonan.

Kata Daiyan, 29, bukan dirinya tidak sedar akan perkara tersebut tetapi baginya, rezeki ada di mana-mana sahaja. Selagi masih berkecimpung dalam industri seni tidak kisahlah lakonan atau nyanyian, hanya yang terbaik ingin disajikannya buat para peminat.

Kata pelantun lagu Penat itu, dia lebih selesa menyanyikan lagu sendiri berbanding karya yang dicipta komposer lain. Namun, itu bukan bermakna dirinya sombong atau tidak bersedia untuk bekerjasama dengan komposer lain.

Bakal terlibat dalam telefilem berjudul Rompak melakonkan watak gadis bertudung buat kali pertama, Daiyan memaklumkan, pandemik Covid-19 banyak merubah rencana seninya yang sebelum ini menyasarkan karier ke peringkat antarabangsa.

POSE: Boleh kongsikan sedikit tentang peranan atau watak dalam Rompak?
DAIYAN TRISHA: Buat pertama kalinya, saya akan melakonkan watak gadis bertudung bernama Nadia dalam sebuah naskhah. Saya sangat teruja untuk bekerja dengan Zizan Razak, MK dan ramai lagi pelakon lain dalam telefilem ini. Kena biasakan diri dengan imej bertudung dan itu merupakan satu cabaran buat saya.

MENGAKUI kerjaya nyanyian bergerak sedikit mendatar, Daiyan tidak pusing tentang perihal tersebut dan percaya bahawa rezeki ada di mana-mana.

Nampaknya kerjaya sebagai seorang pelakon lebih menonjol berbanding penyanyi, apa komen anda?
Saya pun tak tahu. Mungkin sebab sebagai penyanyi, peranan saya bukan sekadar melantunkan vokal tetapi juga jadi penulis dan selesa dengan gaya kerja sebegitu.
Saya tak suka menyanyikan lagu orang. Kebanyakan lagu saya, semua ciptaan sendiri. Itu ‘style’ saya dan mahu terus bergerak begini. Saya berbangga dengan hasil ciptaan sendiri. Kalau berlakon, lain pendekatannya. Kita dapat karakter yang diberikan produksi dan tentukan sendiri acuannya. Kalau menyanyi, saya suka dengan apa yang saya lakukan iaitu menyanyi dan menulis lagu sendiri. Orang (arus perdana) terima atau tidak, saya tak kisah.

Bersedia atau tidak untuk menyanyikan atau merakamkan lagu komposer lain?
Saya ada terima banyak lagu (daripada komposer lain). Ada yang berminat tapi tak dapat merealisasikannya. Tapi kalau boleh sama ada saya tulis sendiri atau ‘co-write’ (tulis bersama) dengan pencipta lagu lain.

DAIYAN akan melakonkan watak gadis bertudung dalam telefilem berjudul Rompak yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Ada perancangan mencuba nasib di luar negara seperti Yuna?
Ya, ada tetapi pandemik dah ubah banyak perkara. Ada juga rancangan nak ke Los Angeles cuba nasib. Dalam pada tak boleh ‘travel’, rezeki di tanah air sendiri terbuka luas. Setakat ini, alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan saya gembira dengan perjalanan kerjaya.

Sudah berpunya atau sebaliknya. Komen?
Saya ‘single’. Buat waktu ini, memang nak fokus terhadap kerjaya sahaja. Tipulah kalau ‘single’ sepanjang waktu. Mestilah pernah bercinta tapi saya jenis yang menjaga privasi. Tiadalah berahsia dan hanya teman-teman rapat tahu dengan siapa saya ada hubungan istimewa.

Ada yang menganggap anda bercinta dengan Nazreem Musa, apa komen?
Kami memang rapat. Dia sahabat baik saya. Orang fikir kami bercinta tapi sebenarnya tidak. Saya selesa berkawan dengannya sejak dua tahun lalu. Tapi tak lebih daripada sahabat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI