BUAT julung kalinya, pelakon bertubuh genit, Park Bo-young mencabar diri dalam karier lakonannya apabila memegang watak sebagai jururawat.
Menurut sumber produksi, Bo-young akan menjadi bintang utama drama adaptasi ‘webtoon’ bertajuk Morning Comes to Psychiatric Wards Too.
Secara ringkas, drama tersebut mengisahkan kehidupan jururawat yang bertugas di wad psikiatri dan bermacam-macam insiden misteri yang berlaku di sana.
Pun begitu buat masa ini, masih belum ada sebarang respons atau kenyataan rasmi yang dikeluarkan agensi pelakon berusia 32 tahun itu.
Akan tetapi, rata-rata peminat tidak sabar mahu melihat hasil lakonan Bo-young sebagai jururawat menerusi watak Jung Shi-na kerana mahukan sesuatu yang berbeza dalam kariernya.