fbpx

Bapa maut, anak patah kaki kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN motosikal mangsa yang dilanggar kereta dalam nahas di Kilometer 50, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Tapah hari ini.- Foto IHSAN PDRM

TAPAH – Seorang bapa maut manakala anak lelakinya patah kaki kanan setelah motosikal ditunggang mereka dilanggar sebuah kereta di Kilometer 50, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat sini.

Kejadian kira-kira pukul 4 petang itu mengorbankan Annuar Zakariah, 48, yang maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah.

Anak lelakinya, Muhammad Arif Putra, 4, terselamat namun patah kaki kanan dan kini dirawat di Hospital Tapah.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, nahas berlaku ketika dua beranak itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Batu Masjid di Temoh.

Katanya, apabila tiba di tempat kejadian, sebuah kereta Perodua Axia dipandu lelaki berusia 18 tahun yang dalam perjalanan ke arah Kuala Lumpur telah masuk ke laluan bertentangan dan melanggar motosikal mangsa.

“Pelanggaran itu menyebabkan dua beranak terbabit cedera namun Annuar yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Anak lelaki mangsa yang membonceng motosikal jenis Modenas Kriss dihantar ke Hospital Tapah untuk rawatan lanjut manakala pemandu kereta tidak cedera,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke hospital sama untuk proses bedah siasat yang akan dijalankan esok.

“Pemandu kereta ditahan untuk ujian saringan air kencing dan siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI