fbpx

Anggota JPJ maut kejar motosikal lari SJR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis melakukan siasatan di lokasi kejadian di Plaza Tol Gombak di Gombak, Selangor hari ini.

GOMBAK – Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) maut selepas terlibat kemalangan ketika mengejar seorang penunggang motosikal dipercayai melarikan diri dari sekatan jalan raya (SJR) berhampiran Plaza Tol Gombak di sini, hari ini.

Menurut sumber, kejadian itu berlaku pada pukul 9.30 pagi hari ini yang mana mangsa ditugaskan untuk menghalang mana-mana pengguna jalan raya yang cuba melarikan diri daripada pemeriksaan di SJR tersebut.

“Mangsa dipercayai mengejar seorang penunggang motosikal jenis Yamaha 125Z sejauh kira-kira lima kilometer sebelum motosikalnya bertembung dengan kereta jenis Toyota Vios.

“Anggota JPJ terbabit yang berusia lingkungan 30-an itu kemudian disahkan mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya.

“Susulan itu, mayat mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk proses bedah siasat,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed, mengesahkan kejadian itu namun maklumat terperinci kejadian masih dalam siasatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI