fbpx

Air empangan Bukit Merah susut, kilang terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Saarani Mohamad

LENGGONG – Penyusutan air di Empangan Bukit Merah di Bagan Serai akibat musim panas dan kering turut memberi kesan pada industri sekitar Taiping.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pihaknya ada menerima aduan beberapa kilang di kawasan berkenaan termasuklah kilang sarung tangan tentang kekurangan bekalan air menyukarkan operasi mereka.

Menurut Saarani, perkara berkenaan akan dibawa pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi membincangkan serta mencari penyelesaian.

“Kilang-kilang melibatkan produk getah memerlukan air yang banyak dan kita mendapat aduan bahawa mereka juga kekurangan air.

“Kita akan bincang bagaimana untuk mencari kaedah yang lebih berkesan,” katanya selepas hadir pada Program Kayuhan Muhibah Kesatuan Kakitangan Kemas Semenanjung Malaysia Cawangan Negeri Perak di sini hari ini.

Saarani berkata, kajian pembinaan terowong air dari Sungai Perak ke kolam Bukit Merah masih diteruskan bagi mengatasi isu itu.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI