fbpx

ADUN Tiram persoal kenyataan Syed Saddiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gopalakrishnan (gambar kanan) menafikan dakwaan Syed Saddiq bahawa beliau tidak mengambil berat kebajikan pengundi DUN Tiram.

JOHOR BAHRU – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram, S. Gopalakrishnan menafikan dakwaan dibuat Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bahawa beliau tidak mengambil berat kebajikan masyarakat India di kawasan berkenaan.

Gopalakrishnan berkata, apakah bukti yang dimiliki Ahli Parlimen Muar itu untuk membuat dakwaan sedemikian yang mencalar imej dan kredibilitinya.

“Semua orang boleh bercakap apa-apa sahaja, lebih lagi apabila duduk berbual di warung, tetapi apakah bukti untuk dia berkata-kata seperti itu di tempat terbuka.

“Saya akan tunggu respon balas daripada kepimpinan PKR dan juga Pakatan Harapan (PH) berhubung kenyataan Presiden Muda berkenaan,” katanya ketika dihubungi pemberita, di sini hari ini.

Sementara itu, Syed Saddiq dalam satu kenyataan balas mengakui pihaknya terkhilaf sekaligus membuat permohonan maaf kepada PKR dan juga Gopalakrishnan.

“Atas semangat kebersamaan bersama rakan PKR, saya memohon maaf atas kekhilafan yang dibuat,” katanya dalam satu kenyataan dimuat naik di media sosial miliknya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI