fbpx

Adrenalin Mesir makin melonjak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESIR berpeluang menambah gelaran kejuaraan kelapan AFCON sekiranya berjaya menundukkan Senegal pada aksi final awal pagi esok. – AFP

OLEMBE – Pemain tengah Mesir, Mohamed Elneny melaungkan keyakinan mereka sudah bersiap sedia untuk berdepan Senegal pada perlawanan akhir Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2022 di Stadium Paul Biya awal pagi esok.

Meskipun dipaksa bekerja keras pada aksi separuh akhir menentang Cameroon kelmarin, namun pemain Arsenal itu percaya barisan pemain The ­Pharaohs sudah tidak sabar untuk bertemu Senegal.

Walaupun akan turun tanpa kelibat ketua jurulatih, Carlos Queiroz yang dilayangkan kad merah sebelum ini, tetapi Elneny yakin Mesir bersedia untuk memenangi gelaran kelapan mereka.

Oleh itu, pemain-pemain Mesir kini semakin hampir untuk merealisasikan hasrat mereka biarpun memulakan saingan kali ini dengan agak perlahan apabila tewas kepada Nigeria pada perlawanan pertama.

“Kami sudah berjaya memastikan tempat di perlawanan akhir, jadi sekarang terpulang kepada semua pemain. Saya tahu kami berdepan banyak cabaran sepanjang kejohanan ini terma­suk isu kecederaan pemain.

“Kemudian, jurulatih pula dilayangkan kad merah, namun ia langsung tidak menjejaskan mo­ral para pemain, malah kami le­bih bersemangat untuk selesaikan misi memenangi trofi kejuaraan,” kata Elneny.

Dia juga percaya Mesir akan berdepan tugas getir pada perlawanan akhir nanti berdasarkan reputasi serta kemampuan yang ditunjukkan Senegal sepanjang saingan kali ini menerusi aksi-aksi cukup meyakinkan.

“Pertemuan dengan Senegal nanti pastinya sangat sukar tetapi kami akan fokus terhadap aksi sendiri. Kami juga perlu yakin pada diri sendiri selepas menyingkirkan beberapa pasukan besar untuk sampai ke sini,” ujarnya. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI