fbpx

Tun Mahathir dibenar keluar IJN hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tun Mahathir.

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

IJN dalam satu kenyataan akhbar berkata, Mahathir telah dibenarkan discaj kira-kira pukul 8.40 pagi tadi.

“Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir sebelum ini menerima rawatan di IJN dan kini dibenarkan pulang untuk berehat di rumah.

“Beliau akan menjalani rawatan susulan di IJN,” kata kenyataan itu sebentar tadi.

Menurut IJN, Mahathir dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan beliau sepanjang tempoh dimasukkan ke IJN bagi menjalani rawatan.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Koronari (CCU), IJN bagi menjalani sesi fisioterapi dan prosedur perubatan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI