KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah meluangkan masa bersama bersiar-siar di Lake Garden, dekat sini hari ini.
Menerusi satu hantaran di laman Facebook Adam Mukhriz Mohd. Muhayeddin, kedua pasangan itu dilihat sedang bersantai sambil memberi ikan makan di pekarangan taman tersebut.
Sebelum ini Kosmo! melaporkan Tun Mahathir menerima rawatan di Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN) sejak 22 Januari lalu.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Langkawi itu telah dibenarkan pulang, namun masih perlu kembali ke IJN bagi menjalani sesi fisioterapi dan prosedur perubatan lanjut. – K!ONLINE