fbpx

Sudah 40 tahun isu air tidak selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSLI menunjukkkan paip yang tiada bekalan air di Kampung Chengkuak di Jerantut semalam.

JERANTUT – Penduduk Kampung Chengkuak di sini merayu agar masalah bekalan air di kawasan itu yang berlarutan sejak 40 tahun lalu dapat diatasi segera.

Masalah itu didakwa dapat diselesaikan jika paip air utama yang sudah berusia diganti baharu.

Seorang penduduk, Mohd Nur Saman, 74, berkata, sejak mula menetap di Kampung Chengkuak 40 tahun lalu, masalah gangguan bekalan air ini bukanlah perkara baharu buat dirinya.

“Ia sudah berlarutan sejak berpuluh-puluh tahun lalu lagi sehinggakan kami sudah lali dan penat hendak menghadapi masalah ini saban tahun.

“Terbaru hampir dua ming­gu kami berhadapan dengan masalah air yang sekejap ada dan sekejap tiada. Kalau ada pun sebelah malam sahaja, itu pun belum tentu juga,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Dalam pada itu seorang lagi penduduk, Rosli Ab Hamid, 51, berkata, mereka difahamkan masalah gangguan bekalan air berlaku disebabkan terdapat kebocoran paip utama.

“Kami dimaklumkan melalui notis yang diberikan oleh pihak berwajib mengatakan terdapat kebocoran paip di kawasan tertentu yang menyebabkan gangguan bekalan air.

“Sudah sampai masanya paip utama itu diganti baharu agar masalah sama tidak berulang. Tolonglah selesaikan segera masalah kami, sudah tidak larat kena hadap isu air ini,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI