fbpx

Selangor jual ayam RM8 sekilogram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (dua kiri) sedang memilih ayam segar di Wisma PKPS hari ini.

SHAH ALAM – Kerajaan negeri mengumumkan penetapan harga ayam standard RM8 sekilogram di semua premis di bawah seliaan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Lokasi pemasaran ayam termasuk Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan dan Wisma PKPS di sini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, inisiatif tersebut dilancarkan bagi memastikan rakyat negeri ini mendapat bekalan ayam segar secukupnya yang berkualiti pada harga berpatutan.

“Kerajaan negeri menyambut baik penurunan harga siling ayam standard sebanyak 20 sen kepada RM8.90 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Bagaimanapun, mekanisma kawalan harga di premis seliaan PKPS dapat menurunkan lagi harga siling tanpa melibatkan implikasi kewangan yang tinggi. Dana sebanyak RM1 juta untuk inisiatif ini diwujudkan,” katanya ketika ditemui pada sidang khas mengenai jualan ayam murah di Wisma PKPS, hari ini.

Amirudin berkata, fokus utama pihaknya adalah untuk mengurangkan beban kenaikan harga barang menerusi intervensi kerajaan.

Katanya lagi, untuk permulaan sebanyak 50,000 ekor ayam akan dipasarkan pihak PKPS di lokasi yang ditetapkan.

“Selepas ini kita akan mengadakan jualan dengan harga yang ditetapkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lokaliti terpilih,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI