fbpx

PRN Johor: Maszlee calon Menteri Besar?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kanan) tidak menolak kemungkinan Maszlee (kiri) calon MB jika PH menang PRN Johor.

JOHOR BAHRU – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak khabar angin mendakwa Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik berkemungkinan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mewakili parti berkenaan dan Pakatan Harapan (PH).

Anwar turut tidak menolak bahawa bekas Menteri Pendidikan itu juga bakal dinamakan sebagai calon Menteri Besar gabungan berkenaan.

“Setakat ini masih belum ada perbincangan secara rasmi dibuat kepimpinan PH (berhubung calon Menteri Besar) tetapi kita tidak menolak mana-mana calon, sedang beri pertimbangan.

“Kebiasaannya kita tidak akan campur calon bagi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), itu polisi parti, tetapi kita tidak mahu terlalu ketat dalam soal berkenaan.

“Nama-nama calon bagi 20 kerusi DUN juga sedang dipertimbangkan diperingkat PKR negeri dan mungkin akan umum sebahagian kerusi terlebih dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan selepas merasmikan Pelancaran Jentera Angkatan Muda Keadilan (AMK) di Hotel Thistle, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh; Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse dan Ketua AMK, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI