fbpx

Penyamun hanya sempat kebas duit belanja budak sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan salah sebuah bilik anak mangsa selepas rumah mereka di Kampung Kubang Setol, Jalan Salor dekat Kota Bharu dipecah masuk semalam. FOTO IHSAN PENDUDUK

KOTA BHARU – Seorang penyamun hanya sempat melarikan duit belanja sekolah seorang pelajar sebanyak RM150 selepas kegiatan pecah rumah yang dilakukan olehnya disedari pemilik rumah di Kampung Kubang Setol, Jalan Salor, Pendek di sini semalam.

Mangsa, Mohd. Amir Irfan Bakti, 42, yang ketika itu berada di rumah ibunya di Kampung Bunut Payong di sini menyedari kejadian tersebut selepas menerima notis amaran alat pengera di rumah menerusi telefon pintar kira-kira pukul 9.15 malam.

Menurutnya, dia mengesyaki rumahnya dipecah masuk sebelum terus bergegas pulang untuk melihat situasi sebenar.

“Apabila tiba di rumah, saya terdengar bunyi bising dari dalam rumah dan mengesyaki ada orang di dalam sebelum menelan hon kereta beberapa kali sebagai amaran.

“Saya terus masuk ke dalam rumah dan melihat dua bilik anak sudah berselerak. Selepas membuat pemeriksaan, hanya wang belanja sekolah anak saya berusia 14 tahun sebanyak RM150 hilang dikebas pencuri itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Mohd. Amir, wang belanja itu sepatutnya digunakan oleh anaknya untuk perbelanjaan sekolah dalam tempoh 15 hari. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI