fbpx

Penerbangan pelancong mendarat di Bali selepas hampir dua tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMANDANGAN bahagian perlepasan antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Denpasar, pada 5 Oktober 2021. – AFP

JAKARTA – Pulau Bali menerima masuk penerbangan antarabangsa secara terus pertamanya yang membawa pelancong luar kelmarin, selepas selama hampir dua tahun, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Penerbangan Garuda Indonesia yang berlepas dari Tokyo itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai petang kelmarin, dengan membawa enam pelancong Jepun dan enam  rakyat Indonesia.

Keenam-enam pelancong tersebut menggunakan visa perniagaan kerana peraturan baharu untuk pelancong luar masih belum dikuatkuasakan  ketika mereka memohon kebenaran untuk memasuki pulau itu.

Meskipun Bali telah membuka pintu sempadannya kepada pelancong dari China, Jepun dan New Zealand pada pertengahan Oktober tahun lalu, tiada sebarang penerbangan komersial secara terus memasuki pulau itu.

Selain itu, Indonesia juga telah menyambung semula operasi penerbangan antarabangsanya yang bertujuan untuk memacu sektor pelancongan di Bali.

Sektor tersebut kebiasaannya merangkumi 54 peratus daripada ekonomi negara itu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI