fbpx

NSFC harap Alves cetus fenomena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALVES mempunyai pengalaman beraksi pada saingan Liga M dan diharap dapat segera menyesuaikan diri dengan menerusi gandingan Zaquan Adha dan Sean Eugene.

PENDATANG baharu Liga Super, Negeri Sembilan FC (NSFC) cukup serius untuk memberi saingan selepas menandatangani penyerang import, Matheus Alves bagi mengharungi kempen Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Sebagai rekod, Alves sebelum ini pernah mewarnai sai­ngan Liga M apabila mewakili skuad Sri Pahang pada musim 2017, sekali gus memiliki pe­ngalaman dan reputasi untuk membantu pasukan Hobin Jang Hobin kali ini.

Ketua jurulatih NSFC, K. Devan berkata, kejayaan mendapatkan Alves bagi mengharungi musim baharu yang akan membuka tirai rasmi pada awal bulan depan boleh dianggap sebagai tonik terbaik untuk mencabar pasukan-pasukan gergasi nanti.

“Alves pernah bermain de­ngan Pahang pada musim 2017 dan jika kita melihat pada sejarah statistiknya, banyak gol yang dia telah hasilkan.

“Selepas itu, dia ada pe­ngalaman bermain dua musim di Thailand sebelum ke Korea Selatan, bermain untuk Liga Divisyen 2 dan jelas dia masih berada pada tahap terbaik.

“Melalui jaringan-jaringan yang dihasilkan, saya lihat dia ada kualiti seorang penyerang dimahukan iaitu bertubuh besar, laju dan kuat dari segi fizikal.

“Atas sebab itu, kami memi­lih Alves kerana bukan sahaja pengalaman bermain pada Liga Malaysia tetapi berdasarkan keupayaannya beraksi pada tahap kompetitif.

“Secara keseluruhan, saya harap dia tidak dapat me­nunggu lama untuk membentuk keserasian dengan penyerang tempatan kami seperti Zaquan Adha (Abd. Radzak) dan Sean Eugene (Selvaraj),” katanya.

Alves sebelum ini telah menjaringkan 18 gol pada saingan Liga Super untuk Pahang, tempat kedua di belakang Mohamad Ghaddar yang muncul penjaring terbanyak pada musim tersebut dengan 23 gol.

Selain Alves, juara Liga Premier 2021 itu turut menyambar semua import baharu bagi melengkapkan kuota lima pemain yang dibenarkan seperti Kos­si Adetu (Ghana), David Omid Nazari (Filipina), Herold Goulon (Perancis) dan David Mawutor (Ghana).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI