fbpx

Mayat wanita ditemui terapung dalam paya kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Mayat seorang wanita ditemui terapung di sebuah kawasan takungan air (paya kecil) di sebelah jalan masuk ke Muzium Diraja, Jalan Istana di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menerima panggilan berhubungan penemuan mayat berkenaan pada pukul 9.46 pagi, Rabu lalu.

“Pasukan polis dari Balai Polis Brickfields dan pihak Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur telah menjalankan siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa seorang perempuan berumur lingkungan 60 tahun memakai baju t-shirt berkolar bulat bewarna merah dan seluar bewarna biru.

“Hasil siasatan di tempat kejadian tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri si mati.

“Sebuah beg kain bewarna kuning yang mengandungi sehelai baju bewarna merah dan sebingkai cermin mata telah dijumpai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, mayat wanita berkenaan telah dibawa ke Bahagian Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati bahawa tubuh si mati tiada kesan kecederaan yang boleh dikaitkan dengan unsur-unsur jenayah.

“Keputusan post mortem (bedah siasat) telah diperolehi pada 3 Februari lepas dan punca kematian adalah akibat mati lemas,” ujarnya.

Amihizam berkata, pengecaman telah dilakukan oleh keluarga mangsa di Bahagian Forensik PPUM pada hari ini. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI