fbpx

Kes baharu Covid-19 melonjak di beberapa negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Beberapa buah negara di seluruh dunia mula merekodkan peningkatan kes jangkitan Covid-19.

Terbaharu, negara seperti Indonesia, Singapura, Vietnam dan Korea Selatan melaporkan peningkatan kes jangkitan Covid-19 yang ketara.

Di Korea Selatan, kes harian Covid-19 dilaporkan melebihi 30,000 buat kali pertama dan mencecah paras tertinggi sepanjang masa iaitu lebih 36,000 kes pada hari Sabtu berikutan penyebaran varian Omicron selepas musim cuti.

Di Indonesia pula kes baharu positif Covid-19 melonjak kepada 16,021 semalam dengan jumlah kumulatif meningkat kepada 4,369,391 kes.

Tidak ketinggalan juga di Malaysia, selepas hampir empat bulan tidak melaporkan kes jangkitan melepasi angka 7,000, kes jangkitan harian semalam merekodkan angka sebanyak 7,234 kes sekali gus menimbulkan kebimbangan orang ramai.

Justeru itu, Kementerian Kesihatan (KKM) melalui hantaran di laman Facebooknya berkata, orang ramai diingatkan untuk melakukan ujian kendiri apabila keluar atau sebelum bertemu dengan seseorang.

“Orang ramai juga diminta mengamalkan #TRIIS, patuhi prosedur operasi standard (SOP) dan dapatkan dos penggalak anda, terutamanya kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI