fbpx

‘Intan’ selamat lahirkan ‘Ling Ling’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anak tenggiling 'Ling Ling' telah selamat dilahirkan pada 22 Januari lalu.

PETALING JAYA – Warga Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) Sungkai, Perak menyambut kehadiran ahli baru iaitu seekor anak Tenggiling betina yang diberi nama ‘Ling Ling’.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) memaklumkan anak Tenggiling seberat 148 gram itu telah selamat dilahirkan pada 22 Januari lalu.

“Tenggiling tersebut merupakan anak kepada Tenggiling betina bernama ‘Intan’.

“Pemantauan berterusan turut dijalankan ke atas ‘Ling Ling’ bagi memastikan ianya sentiasa sihat dan selamat,” katanya.

Menurut rekod Perhilitan, tenggiling adalah antara mamalia yang sering dirampas daripada urus niaga haram hidupan liar di Asia dan kini diambang kepupusan. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI