fbpx

Dik Wan tetap bersemangat tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD RIDZUAN bersedia menimba pengalaman baharu di bawah bimbingan Ahmad Rafee Arifin selepas ini.

BINTANG sensasi olahraga para negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi tetap tidak patah semangat meskipun kini tidak lagi berlatih di bawah kendalian bekas R. Jaganathan yang tamat kontrak hujung tahun lalu.

Pemenang emas Sukan Para­limpik Rio 2016 dalam acara 100 meter (m) kategori T36 (cerebral palsy) itu bertekad memberikan prestasi terbaik dan merampas semula pingat tersebut pada edisi seterusnya Paris 2024.

Biarpun tidak lagi bersama Jaganathan yang sudah dianggap sebagai bapanya tetapi pelari yang mesra disapa nama Dik Wan itu bersedia menimba pe­ngalaman baharu di bawah bimbingan Ahmad Rafee Arifin pula selepas ini.

“Walaupun sudah lama berlatih dengan Jaganathan, tetapi saya tidak ada masalah jika beliau digantikan dengan orang lain. Saya akan tetap berlatih seperti biasa.

“Saya tetap bersemangat untuk dapatkan pingat emas Sukan Paralimpik semula. Saya harap kawan-kawan seperjuangan akan bersama-sama turut meraih pi­ngat emas,” kata Ridzuan yang meraih tempat keempat 100m T36 pada edisi Tokyo 2020.

Ridzuan, 34, dijangka tidak mengambil masa lama untuk menyesuaikan diri dengan Ahmad Rafee memandangkan jurulatih itu sudah menjadi pembantu kepada Jaganathan sejak 2018.

Kelmarin, Majlis Sukan Negara (MSN) mengesahkan pelantikan Ahmad Rafee sebagai ketua jurulatih skuad olahraga para negara menggantikan Jaganathan yang tidak disambung kontrak selepas tamat Sukan Paralimpik Tokyo 2020 pada September lalu.

Bagaimanapun, Presiden Persatuan Olahraga Para Negara, Mohd Zarrawi Ravi mengakui pihaknya bakal memberikan pe­ranan baharu kepada Jaganathan berkemungkinan sebagai koordinator untuk menghasilkan lebih ramai jurulatih para.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI